Monday, June 4, 2012
Innalillah....
Salam, kali ni mak jemah tak nak langsung sentuh pasal masakan tapi mak jemah nak cte tentang kehidupan berpasangan..
Hari Khamis malam Jumaat yang lepas (31/05/2012) abang ipar sulung mak jemah telah kebali ke rahmatullah setelah menghidap kanser hati tahap terakhir, mak jemah sedih sangat..terasa kehilangan besar. Allahyarham sepanjang hidupnya adalah seorang yang sangat baik..Mak jemah sendiri sangat terhutang budi diatas segala jasa2 beliau terhadap mak jemah. Dulu time mak jemah kecil dia pernah jaga mak jemah, bile mak jemah nak berumahtangga dia & kakak mak jemah dengan rela hati buatkan kenduri kawen mak jemah kat rumah mereka. Rasa macam segalanya berlalu terlalu pantas sekarang dia dah pun pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Sungguh mak jemah terharu & hiba saat pemergian beliau, juga ada sedikit rasa bangga dalam hati bile tengok jenazah beliau diuruskan oleh anak2 & isteri dengan bantuan yang pakar..sampaikan hingga ke liang lahad anak2 lelaki beliau yang mengusung dan mengambus tanah..ya Allah alangkah bertuahnya arwah kerana memiliki isteri & anak2 yang baik, bertanggungjawab & terlalu sayangkan beliau. Susah sekali zaman sekarang nak dapat anak2 yang soleh yang boleh menguruskan jenazah ibu bapa..rasa bangga terpalit dihati sebab mempunyai anak2 saudara yang begitu..berkat didikan beliau n kakak mak jemah.
Arwah dah lama hidup dengan kakak mak jemah,dalam 28 tahun kalau tak silap mak jemah. Time diaorang kawen dulu mak jemah baru berusia 4 tahun. Kehidupan diaorang mmg hepi, terus terang mak jemah sendiri cemburu tengok kehidupan diaorang yang bahagia tu..selalu mak jemah berharap mak jemah akan ada keluarga bahagia macamtu (sayangnya mak jemah belum pernah rasa semua tu).
Malam kedua lepas pemergian arwah, kakak mak jemah keluarkan surat2 cinta zaman muda2 mereka dulu..ya Allah rasa sangat terharu & hiba melihat betapa romantik & kukuhnya hubungan mereka..semoga mereka akan kekal sebagai suami isteri di syurga kelak..amin..
Bila semua ni berlaku..mak jemah terpikir betapa pentingnya kita menghargai pasangan kita kan? tapi sayangnya sekarang, kita cenderung menyakiti orang yang paling dekat dengan kita sedangkan sepatutnya kita lebih menjaga hati pasangan kita berbanding hati orang lain kan? Kematian abang ipar mak jemah membuatkan mak jemah buka mata betapa pentingnya sebuah keluarga. Ye la..kita perlukan keluarga sampai la saat kita tutup mata..keluarga la yang akan menguruskan jenazah kita. Mak jemah terpikir macam mana agaknya kalau kita hidup sebatang kara..alangkah sedihnya bile jenazah kita disempurna setakat ala kadar & menjalankan fardu kifayah. Alangkah beruntungnya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia yang hidup berlandaskan ajaran islam. sekurang2nya bile meninggal akan ada anak2 yang menguruskan jenazah dari A sampai Z, dari saat menguruskan jenazah yang baru tercabut nyawa, memandikan jenazah, sembahyang jenazah hinggalah meletakkan jenazah dalam liang lahad & mengambus tanah2..Ya Allah..kau kurniakanlah aku keluarga yang sebegitu bahagia, kurniakanlah aku anak2 yang soleh yang akan menyenangkan aku diakhirat kelak ya Allah. Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang sentiasa kufur pada nikmat Mu, yang sentiasa alpa akan kewajipan sebagai hambaMu..oleh itu ya Allah, jangan biarkan aku terus hanyut dalam kealpaan aku ya Allah..tunjukkan aku jalan yang benar ya Allah, pimpinlah aku ya Allah...ya Allah makbulkan segala doaku ya Allah..jadikan aku hambaMu yang bertakwa, kurniakan aku sebuah keluarga yang bahagia, suami yang bertanggungjawab & penyayang yang sentiasa mencintai aku tanpa berbelah bahagi, kurniakan aku zuriat yang soleh ya Allah...amin amin ya Rabbal Alamin...
Subscribe to:
Posts (Atom)