Tuesday, July 17, 2012

Sejutaa Kemaafan

Salam semua,

Beberapa hari je lagi dah nak masuk bulan Ramadhan yang mulia. Jadi..dikesempatan ini mak jemaah ingin menyusun jari untuk memohon keampunan dari semua terutama pada orang2 yang mak jemah sayang tetapi mak jemah telah mengguriskan hati mereka secara tak sengaja. Mak jemah manusia biasa yang kadang2 terlanjur dalam perkataan atau perbuatan sama ada secara sengaja atau tidak, mungkin juga ketika bergurau atau ketika dilanda emosi..maaf..itu saja yg mampu mak jemah katakan :) diharapkan maaf mak jemah ni diterima.

Sedar x sedar dah setahun mak jemah bangkit dari pengalaman pahit mak jemah, terima kasih ya Allah kerana bagi aku kekuatan. Mak jemah ingat lagi, tahun lepas mak jemah alami perkara yang paling teruk dalam idup..3 ramadhan tahun lepas :( tapi biarlah kenangan itu berlalu cuma org2 yg terdekat je yg tahu.

Sedar x sedar juga, dah setengah tahun kita berada dalam tahun 2012 ni. macam2 yang mak jemah dah tempuhi. Segala kepayahan telah pun mak jemah renangi ditemani oleh keluarga tersayang. Thanks u all sebab menyokong mak jemah selama ini. Terima kasih yang tak terhingga terutama pada kakak mak jemah n anak sedare mak jemah..thanks Saady :) (Yah..maafkan c.nah sbb pernah wat yah terluka). Selama setengah tahun yang pahit ni macam2 pengajaran yang mak jemah dapat terutama dari bab memilih kawan. Kat sini biar mak jemah bongkarkan sedikit.

Hujung tahun lepas mak jemah mula berkawan dgn seorang hamba Allah, mulanya mak jemah sangat suka berkawan dgn dia sbb dia selalu menunjukkan keikhlasan & kesabaran utk berkawan dgn mak jemah. sering juga dia menyedarkan mak jemah dalam bab agama. sehingga la pada 1 hari mak jemah alami sesuatu yang buruk, kawan mak jemah ni la yang tolong & memberi sokongan juga berjanji akan menolong mak jemah. 3 bulan pertama..ye dia membantu tapi lepas tu dia mula menjauh, apa yg mak jemah terkilan ialah untuk menjauhkan diri dari mak jemah dia mula mereka cerita, menuduh mak jemah yang bukan2 sebagai alasan untuk menjauhkan diri, dan yang hairannye dia menegakkan fitnahnye hingga ke hari ini sedangkan dia tau perkara itu x benar lama kelamaan keadaan makin parah. Selepas itu baru mak jemah sedar selama ini dia cuma lah mengambil kesempatan atas mak jemah, dia sebenarnya seorang manusia yg x layak untuk dijadikan kawan n cuma bertopeng disebalik nama 'kealiman'.
Akhirnya mak jemah ambil keputusan untuk mengundurkan diri dan memilih jalan hidup yg mak jemah tinggalkan selama 6 bulan. Tapi apa yang sedih, pagi tadi dia ada call mak jemah menggunakan no lain dan demi menegakkan benang basah dia berkeras dengan fitnahnya..masyaallah..hinanya manusia ini..sebab tu mak jemah harap sgt supaya dia jauhkan diri dari anak sedare mak jemah n kakak mak jemah. Tak pe la..apa yg berlaku mak jemah jadikan iktibar & semoga Allah je yg membalas perbuatan dia. Cuma..mak jemah x boleh padam perasaan kesal berkawan dgn dia dan membenarkan keluarga mak jemah kenal dan berkawan dgn dia.

ok la..tutup cerita tu..cuma sekarang mak jemah rasa sedey je..sedey sbb mak jemah rasa cam jauh dari org2 yg mak jemah sayang..mungkin mak jemah pernah lukakan hati mereka sampai mak jemah yg emosi ni rasa agak tersisih..Maaf..itu je yg mampu mak jemah ucapkan.


No comments:

Post a Comment